Polis diraja malaysia (PDRM) baru-baru ini menjayakan dasar ‘Trim and Fit’ (Cergas dan Cerdas) untuk semua anggota pdrm seluruh malaysia demi menjalankan tugas yang semakin mencabar.
Dalam pada itu pdrm akan mengawal penjualan makanan dan minuman di kantin serta kafenya di seluruh negara mulai tahun ini.
Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata pengawalan itu perlu, selain untuk menjayakan dasar itu sendiri, juga bagi memastikan anggota polis sentiasa sihat dan cerdas melalui sistem pemakanan dan amalan hidup sihat serta berupaya melaksanakan tugas secara berkesan.
Menurut Zulkifli, walaupun pelaksanaan dasar berkenaan tidak mudah, terutama untuk mengubah tabiat pemakanan yang sudah menjadi amalan sekian lama, namun ia boleh dijayakan sekiranya dilihat daripada sudut positif kerana kesan baiknya akan kembali kepada anggota PDRM sendiri.
Katanya sebagai permulaan, beberapa kantin PDRM dipilih untuk melaksanakan program kawalan makanan berkenaan sebagai projek perintis dan kejayaan serta keberkesanannya akan dinilai sebelum program itu diperluaskan ke seluruh negara.
Polis diraja malaysia PDRM baru-baru mendapat banyak kritikan dari masyarakat malaysia berikutan anggotanya yang dilihat tidak mampu menjaga tubuh badan.
"Perut besar boroi macam mane nak kejar PATI baru belari sikit dah semput" ujar netizen yang tidak mau dikenali
"Kalau keja PATI mau muntah kuning ni diorang dah la kalau belari semak belukar sungai semua diorang redah" Uja netizen dengan nama suraya
“Saya percaya, PDRM juga sedang mengenal pasti pegawai dan anggota yang bermasalah, yang mempunyai body mass index (BMI) lebih daripada 28. Ini yang kita akan atasi dahulu, yang mempunyai lebih berat,” ujar Datuk Zulkifli Abdullah.
Zulkifli berharap Ibu Pejabat Polis Daerah akan menjalankan aktiviti sesuai bagi menjayakan dasar berkenaan dan yakin setiap anggota polis akan lebih bersemangat untuk mengurangkan berat badan melalui program bersama rakan-rakan.
Beliau berharap langkah yang diambil bukan sahaja untuk anggota PDRM malah akan menjadi contoh seluruh rakyat Malaysia kelak.