MALAYSIA - Jabatan imigresen malaysia baru-baru ini telah bersetuju untuk mengeluarkan Enforcement card atau (E-kad) sementara agar majikan yang memperkerjakan pendatang asing tanpa izin mempunyai peluang kali ke dua untuk menguruskan permit pekerja mereka.
BERIKUT FAKTA YANG WAJIB DI KETAHUI OLEH SEMUA TKI DARI INDONESIA
1- E-Kad hanya berfungsi sebagai pengesahan SEMENTARA bagi menggantikan dokumen perjalanan sah, yang akan dibuka bermula 15 Feb 2017 sehingga 30 Jun 2018, di semua pejabat Imigresen di Semenanjung Malaysia.
2- Program ini terbuka hanya kepada PATI di Semenanjung Malaysia dan hanya kepada mereka yang mempunyai majikan tergolong dalam lima sektor ekonomi yang telah ditetapkan. pembinaan, perladangan, perkhidmatan, perkilangan dan pertanian.
3- Jabatan Imigresen tidak menggunakan perkhidmatan orang tengah atau agen dalam permohonan E-kad ini. (Wajib Pergi Sendiri Bersama Majikan)
4- Majikan dan pekerja asing perlu hadir di mana-mana pejabat Imigresen bersama dokumen yang diperlukan dan kad berkenaan adalah percuma. (Tidak Di Pungut Biaya)
5- Pati yang layak untuk memohon e-kad ini seperti berikut mempunyai majikan, tidak mempunyai rekod jenayah, rakyat dari negara sumber yang dibenarkan indonesia boleh, tiada kes lari dari majikan dan lulus pemeriksaan kesihatan.
6- Majikan yang layak pula, mereka mesti di bawah sektor dan sub sektor yang dibenarkan sahaja, tidak tersenarai dalam senarai digantung urusniaga atau senarai hitam KDN dan Imigresen.
7- E-Kad hanya sah sehingga 15 Feb tahun hadapan dan dalam tempoh itu PATI serta majikan perlu mendapatkan pasport dan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan masing-masing bagi tujuan pemutihan. Kalo tidak lulus atau tidak buat permit tapi sudah mendaftar harus pulang kampung saat waktunya habis
Nah menurut saya fakta di atas sudah cukup jelas dan mudah-mudahan tidak ada tki kita yang di tipu oleh ejen atau majikan mereka sendiri silakan di share kepada teman-teman sesama tki agar waspada dan tetap semangat berada di negara orang.
Baca juga: